
|
Sweet Potato.
Husna Norazli
![]() Tagboard
Footprints here!
Sweet Potato!
Credits Basecode: Nadya. Full edit: SitiSyuhadah Re-Edit by: Husna Norazli ![]()
| Move On. :')
Assalamualaikum and Hye.
Kau pernah dengar perkataan move on?Pernah kecundang apa apa tak? Sakit tak? Rasa macam blerghhh ujian apa ni. Ye
dok? Aku pun sama. Bila dapat ujian tu rasa macam down gila. Lepas tu nangis
sesorang layan perasaan dengar lagu konon boleh hilang kesedihan. Konon je lah.
Padahal lagi tambah sedih adalah.
Bila rasa ujian tu pedih gila tak mampu nak tanggung, pernah tak terfikir
tentang ujian orang lain? For example, Palestin kat Gaza tu. Siap hilang family
sia. Sedih sumpah sedih tapi diorang buat apa? Orang luar datang negara diorang
boleh senyum. Tak minta bantuan pun. Sini? Hm tak payah cakap lah. Muka tak
malu. Tapi lantak lah kan. Tu urusan dengan Allah. Tapi cuba fikir bila diorang
dapat ujian macam tu ingat tak sedih ke?
Bila diorang dapat ujian diorang nangis lepas tu senyum balik. Sebab apa? Sebab
diorang selalu dengan Allah. Tengok gambar diorang siap solat berjemaah masa
kena serangan Israel. Walaweh, kalau kat sini aku rasa entah lah tapi kau boleh
fikir kan apa aku terbayang dalam kepala sekarang ni. Hebat kan? Aku tabik
diorang sebab walaupun ujian besar gedabak Allah bagi pun diorang masih boleh
senyum. Tak mengeluh. Buat aku terharu.
Sebab tu tajuk sekarang ni adalah move on. Kenapa move on? Okay, contoh lah kau
ada ujian apa apa Allah bagi sebesar zarah pun jangan pernah mengalah. Aku tahu
memang perit tapi kena kuat. Ujian Allah tu merapatkan kita dengan Allah.
Macam mana?
For example kau dapat ujian seperti sakit demam, kau mesti berdoa suruh Allah
sembuhkan sakit betul tak? Setiap hari tanpa berhenti. Doa kau dengan Allah tu
adalah untuk merapatkan kau dengan Pencipta. Ujian Allah ni Dia takkan bagi
kalau kau tak mampu. Semua kau tempuh ujian ni semua ada hikmah sebab apa? Sebab
Dia tahu kau mampu laksanakan tapi ada juga yang tak mampu. Iman tak kuat. Sebab
tu ada kes bunuh diri dan sebagainya. Nauzubillah.
Yang bunuh diri semua tu sebab diorang rasa tak mampu. Bukan tak mampu
sebenarnya. Allah nak bagi kau ujian nak dekatkan diri dengan Dia. Nak kau luah
pada Dia. Semuanya. Dia setia mendengar. Tak pernah rahsia kau dibocorkan Nya.
Hebatkan. Itu lah Allah. Dia tak buka aib kau pun. Semuanya. Cuba kalau kau
bagitahu rahsia kat kawan kau. Esok lusa mesti orang ketiga dah tahu. See,
nampak tak permainan dia?
Permulaan hidup seseorang itu mungkin dia daripada yang jahil maybe sebab family
dan sebagainya. Banyak sebab seseorang itu terpesong tapi jangan di kutuk. Maybe
satu hari nanti dia lagi hebat dari kita. Siapa tahu? Allah Maha
Hebat.
Mungkin Allah beri ujian macam macam sebab tak nak kau ke Neraka. Sanggup ke pergi Neraka? Aduh, api Dunia pun sakit inikan pula api Neraka. Allah. Perit woi. Tak sanggup aku nak bayang. Apabila kau terima ujian, jangan mengeluh. Sabarkan hati. Dekatkan diri dengan Dia. Mungkin sudah terlewat tapi at least selagi pintu taubat tak tertutup kau dah bertaubat. Yakin dengan Allah yang Dia boleh mengampukan dosa kau walau sebesar mana pun. Trust me. Sebelum kiamat tiba, dekatkan diri pada Allah. Periksa diri dan jangan mengeluh dengan ujian. nasihat ni untuk diri aku juga. Yes, aku mahu berubah. Tapi biarlah itu menjadi rahsia antara aku dengan Allah. Dan aku cuba menyeru kepada yang korang baca blog ni supaya dapat berubah dan istiqamah. Ujian Allah itu manis selepas kita dekat pada Dia. Ujian Allah itu kepahitannya dapat disembuhkan dengan kemanisan. Mulakan langkah dari sekarang. Paksa diri. Jangan mengalah. Jadikan diri semangat untuk berubah. Ketika berubah perlulah istiqamah. Jangan sekerat jalan. Akan datang perlbagai ujian menanti selepas perubahan tapi itu akan dirasai setelah kau dapat tempuhi dengan mendekatkan diri pada Allah. Semoga berjaya kepada diri aku dan sesiapa yang membaca blog ni. Semoga dijadikan semangat untuk berubah kerana ujian Allah.
Allah bersama. Mulakan pada hari ini. Aku pasti
kau pasti berjaya Dunia Akhirat.
Sincerely,
Husna.
|